Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut Pengurus Rancangan iaitu En. Omar bin Ali, tanah rancangan seluas 1, 407.91 Hektar ini mula dibangunkan seawal tahun 1978/1980. Felda Cerul adalah rancangan yang dicantum meliputi Felda cerul 01 dan Felda Cerul 02. Peneroka mula ditempatkan pada 13.9.1987 bagi Felda Cerul 01 dengan jumlah Peneroka seramai 126 Peneroka manakala Peneroka Felda Cerul 02 pula mula ditempatkan pada 25.6.1988 seramai 172 orang Peneroka. Maka jumlah keseluruhan Peneroka yang ditempatkan pada awal pembukaan tanah rancangan ini adalah seramai 298 Peneroka.

Pada awal penempatan Peneroka, kemudahan asas adalah agak terhad dan difahamkan kemudahan elektrik belum terdapat lagi di kampung ini. Mereka hanya menggunakan pelita minyak tanah sahaja sebagai sumber cahaya di waktu malam hari. Jalan raya bertar juga masih belum disediakan. Peneroka pada masa tersebut berkerja dengan menguruskan ladang sawit dan dengan mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung sebagai sumber pendapatan mereka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


EXPLORACE ANTI DADAH PELAJAR SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 27 April 2019

Program Antidadah ini diadakan bagi membentuk pemuafakatan dan kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai bahayanya dadah di kalangan pelajar sekolah serta mengeratkan hubungan silatulrahim antara pelaja felda cerul bersama AADK & PDRM.....baca selanjutnya

PROGRAM FELDA SEJAHTERA SEMPENA SAMBUTAN HARI ANTIDADAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 18 April 2019

Pihak Pusat Internet Daerah Kemaman merancang mengadakan beberapa aktiviti galakguna untuk pengunjung yang hadir pada program tersebut. Para pengunjung dapat mengikuti aktiviti galakguna dengan lebih kerap dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk terus mengunjungi Pusat Internet di masa akan datang.....baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN & SARINGAN KESIHATAN KOMUNITI DESA

Aktiviti Terkini | 12 April 2019

Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang pelbagai jenis penyakit yang merbahaya serta memberi pengetahuan berkenaan penjagaan kesihatan. Selain itu juga, program ini amat penting dalam memberi peluang dan ruang Agensi Kerajaan, Swasta dan NGO dalam memberi perkhidmatan, sumbangan serta melaksanakan aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility) secara langsung kepada komuniti khususnya. Sekaligus, dapat memastikan komuniti setempat peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul......baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK AYER PUTIH

Aktiviti Terkini | 10 April 2019

Program Advokasi diadakan bersama pelajar SMK Ayer Putih berkenaan keselamatan, etika berinternet, Mobile Ewaste & Check Your Label....baca selanjutnya

BENGKEL PHOTOSHOP

Aktiviti Terkini | 31 Mac - 02 April 2019

Kursus Asas Grafik adalah anjuran Pusat Internet Kluster Kemaman dengan kerjasama PKEM Kemas Daerah Kemaman. Bengkel ini dengan menggunakan medium perisian Adobe Photoshop....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM

Aktiviti Terkini | 01 Mac 2019

Program ini menggalakkan aktiviti bergotong royong untuk menjaga kebersihan kawasan setempat terutamanya kawasan tanah awam....baca selanjutnya

Program Advokasi @Jalinan Kasih 2/2019

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2019

Berkongsi tip-tip dan etika penggunaan internet yang positif kepada anak yatim dan asnaf yang diraikan serta seramai mungkin komuniti setempat yang menghadiri program tersebut....baca selanjutnya

Program Advokasi di Karnival Kijal Sejahtera

Aktiviti Terkini | 24 - 26 Januari 2019

Membuka booth Pusat Internet bagi mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan dan produk kepada komuniti. Menyelitkan kandungan baru Klik Dengan Bijak sebagai aktiviti advokasi sepanjang program tersebut...baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Majlis bacaan Yassin dan doa selamat bersama komuniti setempat...baca selanjutnya

Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Bersama PDRM dan AADK

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2019

Kempen kesedaran pencegahan jenayah, terutamanya penyalahgunaan dadah...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti