Program Majlis Bacaan Yassin Di PI1M Felda Cerul

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2015

Program Majlis Bacaan Yassin ini dibuat untuk memberkati tempat yang dibangunkan supaya dirahmati oleh Allah s.w.t. Terima kasih dan penghargaan kepada ahli GPW kerana sudi menghadiri dan melengkapkan majlis yang diadakan di PI1M serta sudi meluangkan masa bersama-sama kami menjayakan program ini.

Disamping itu juga, Program ini dibuat untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara kakitangan PI1M dan ketua–ketua blok bagi memudahkan lagi proses kerja ataupun program yang akan diadakan pada masa hadapan.

Matlamat utama program adalah untuk menggalakkan lagi penyertaan kaum-kaum ibu untuk menghadirkan diri ke PI1M untuk sebarang aktiviti mahupun sebarang pertanyaan tentang IT bukan sekadar hanya menghadiri kelas-kelas yang disediakan di sini. Diharap dapat memberi peluang yang baik kepada kedua-dua belah pihak.



kembali ke halaman utama