Pertandingan Teka Silang Kata Pi1m Felda Cerul

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2015

Pertandingan Teka Silang Kata ini adalah bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pengguna Pi1M yang tidak jemu memberikan sokongan serta menggunakan perkhidmatan di Pi1M Felda Cerul.

Disebabkan Pertandingan Teka Silang Kata ini merupakan aktiviti pertama PI1M ini sejak dibuka kepada umum, maka aktiviti ini mensasarkan golongan kanak-kanak kerana mereka adalah golongan yang sentiasa mengunjungi PI1M ini sejak mula beroperasi. Namun begitu, aktiviti ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat yang turut memeriahkan suasana.

Matlamat utama program ini adalah untuk menghargai sokongan penduduk setempat disamping dapat mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan dengan pengguna PI1M Felda Cerul.



kembali ke halaman utama