Gotong Royong

Aktiviti Terkini | 21 November 2015

Aktiviti bulan November PI1M adalah mengadakan gotong royong bagi membersihkan kawasan PI1M dan sekitar. Matlamat utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan PI1M dan kawasan sekitar berada dalam keadaan bersih dan kemas. Hal ini adalah untuk mencantikkan mata memandang selain ingin menghapuskan tempat-tempat potensi bagi pembiakan nyamuk Aedes. PI1M ingin memastikan para pengunjung selesa dan selamat apabila berkunjung ke PI1M.

Pusat Internet 1 malaysia Felda Cerul tidak melepaskan peluang untuk mengeratkan silaturrahim dengan komuniti semasa gotong-royong ini dijalankan. Aktivi anjuran PI1M ini disambut baik oleh penduduk setempat.

Matlamat aktiviti kali ini telah tercapai seperti yang dirancangkan. Malah aktiviti ini disambut baik oleh penduduk setempat.



kembali ke halaman utama