Program Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Felda Cerul

Aktiviti Terkini | 31 Ogos 2015

Program Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Felda Cerul ini adalah anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Cerul dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Felda Cerul. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan warga Felda Cerul terutamanya belia dan beliawanis.

Disamping itu juga, program ini dibuat untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara kakitangan PI1M dan belia dan beliawanis bagi memudahkan lagi proses kerja ataupun program yang akan diadakan pada masa hadapan.

Program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Matlamat dan objektif utama program ini telah tercapai seperti yang dirancangkan. Malah, program anjuran bersama ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripda penduduk setempat terutamanya golongan belia dan beliawanis Felda Cerul.



kembali ke halaman utama