Program 2K (Kerjaya & Kesedaran) Jemputan Khas Polis Dan Bomba

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2015

Program anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Cerul ini dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia adalah bermatlamat untuk memberikan pendedahan awal tentang kerjaya Polis dan Bomba kepada pelajar sekolah dan belia dan beliawanis yang berminat. Disamping itu, program ini ingin menyalurkan kesedaran tentang keselamatan diri dan kawasan setempat.

Objrktif:
1) Memberi pendedahan awal kepada para pelajar, belia dan beliawanis mengenai peluang dan ruang kerjaya yang yang wujud dalam angkatan Polis dan Bomba.
2) Pendedahan tentang jenayah yang biasa berlaku di dalam kawasan kampung supaya dapat memberikan kesedaran kepada penduduk tentang keadaan semasa kampung.
3) Menyalurkan maklumat tentang kesedaran perlunya menjaga keselamatan diri dan kawasan sekitar daripada gejala-gejala yang tidak diingini.

Pusat Internet 1 malaysia Felda Cerul tidak melepaskan peluang untuk turut serta mengacarakan program ini untuk bersama-sama komuniti setempat memeriahkan lagi program ini. Disamping itu, kerjasama PI1M dengan Persatuan Belia setempat harus dijalinkan bagi memudahkan perjalanan program pada masa akan datang.

Matlamat utama program ini telah tercapai seperti yang dirancangkan.Malah ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripda penduduks etempat. Kesimpulannya, program ini berlangsung dengan jayanya.



kembali ke halaman utama