Program Pengagihan Bubur Lambuk Ramadhan Kareem

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2016

Pihak pengurusan PI1M telah bersama-sama dengan Persatuan Belia Felda Cerul telah mengadakan satu program pengagihan bubur lambuk bersempena bulan Ramadhan ini untuk diagihkan kepada warga setempat.

Program ini dimulakan dengan bergotong-royong untuk memasak bubur lambuk tersebut. Bermula dari awal pagi bagi penyediaan bahan-bahan bubur tersebut sehinggalah kepada proses memasak dan seterusnya proses membungkus bubur untuk mudah diagihkan kepada warga Felda Cerul.

Acara pengagihan bubur tersebut telah dijalankan pada sebelah petang. Semua warga Felda Cerul dijemput untuk datang mengambil bubur lambuk di tempat yang telah disediakan.

Tarikh: 24/06/2016 (Jumaat)
Tempat: Felda Cerul
Jumlah yang hadir: Warga Felda Cerul
Masa: 10.00 Pagi – 6.00 Petang







Kembali ke halaman utama