Hari Terbuka (Open Day) PI1M Felda Cerul 2016

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2016

Pada 20 Mei 2016 yang lalu telah berlangsung Program Hari Terbuka (Open Day) anjuran pihak Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Cerul.

Program yang bermula pada jam 7.30 pagi sehingga jam 5.00 petang itu, berlangsung di dalam PI1M dan sekitar perkarangan PI1M FeldaCerul. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah senamrobik, permainan dalam (indoor), permainan luar (outdoor) dan pemeriksaan kesihatan percuma daripada KOSPEN dengan kerjasama Klinik Kesihatan Felda Cerul.

Antara aktiviti atau permainan dalam (indoor) termasuklah pertandingan gubahan telekung solat, pertandingan mewarna online, pertandingan menaip laju online dan pertandingan puzzle online.

Manakala aktiviti sukaneka pula telah diadakan seperti pertandingan mencari gula-gula dalam tepung, pertandingan isi air dalam botol, pertandingan meniup belon, pertandingan makan epal, lambungan kasih, musical chair dan banyak lagi.

Kesemua aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada para pengunjung. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai tanda menghargai para komuniti sekitar yang tidak jemu member sokongan kepada setiap acara anjuran PI1M Felda Cerul.

Tarikh: 20/05/2016 (Jumaat)
Tempat: PI1M Felda Cerul
Jumlah yang hadir: 400 Orang
Masa: 7.30 Pagi – 6.00 Petang







Kembali ke halaman utama