SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT FELDA CERUL

Aktiviti Terkini | 31 Ogos 2016

Objektif program ini adalah untuk melahirkan rasa syukur dengan pencapaian kemerdekaan Negara kita yang telah mencecah 59 tahun dan semoga Negara terus aman dan makmur untuk tahun-tahun seterusnya. Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah untuk mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan warga setempat. Harapan bersama juga agar kampung Felda Cerul terus dirahmati dan sentiasa dalam lindunganNya daripada perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh merosakkan keharmonian kampung.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah Solat Hajat agar dijauhkan sebarang malapetaka atau bencana, sedikit pengisian ilmiah, pertandingan mewarna tadika/Pra sekolah, PDK, Sekolah Rendah dan Dewasa. Pertandingan basikal berhias dan pakaian beragam juga turut dipertandingkan. Acara yang mendapat sambutan ramai adalah peraduan teka kiraan logo hari kemerdekaan 2016.

Sepanjang berlangsungnya sehinggalah ke akhir program, objektif yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya atas bantuan semua yang telibat secara langsung atau tidak langsung terutamanya penduduk setempat yang telah keluar beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan



Kembali ke halaman utama