Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2016

Pada kali ini, PI1M telah mengadakan satu majls bacaan Yassin dan doa selamat yang berlangsung di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Cerul.

Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi jalinan hubungan antara kakitangan PI1M dengan komuniti setempat terutamanya golongan muda belia dan beliawanis serta kaum ibu. Dengan kedatangan lebih ramai belia dan beliawanis serta golongan ibu berkunjung ke PI1M, golongan terbabit khususnya dapat didedahkan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PI1M yang mana bukan hanya sekadar untuk melayari internet sahaja malah banyak lagi perkhidmatan yang disediakan di sini yang dapat membantu dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka khususnya.

Pihak PI1M berharap agar kerjasama baik seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang dan penubuhan PI1M ini diterima baik oleh penduduk setempat terutamaya golongan belia dan beliawanis, yang amat diperlukan kerjasama mereka untuk bersama-sama dalam memajukan lagi kampung ini.

Tarikh: 27/03/2016 (Ahad)
Tempat: Pusat Internet 1 Malaysia Felda Cerul
Jumlah yang hadir: 30 orang
Masa: 5.00 ptg – 6.30 ptg

Objektif majlis ini dianjurkan telah tercapai seperti yang dirancangkan. Malah aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat baik oleh mereka yang terlibat.



kembali ke halaman utama