Program Masih Ada Yang Sayang bersama J3K Felda Cerul

Aktiviti Terkini | 28 April 2016

Program ini dianjurkan dengan kerjasama J3K Felda Cerul untuk meraikan golongan warga emas, golongan kurang upaya, golongan kurang berkemampuan, golongan uzur dalam komuniti setempat. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk meringankan bebanan dari segi kewangan ataupun keperluan harian.

Program ini dapat memupuk semangat kerjasama dan kejiranan yang tinggi sesama tetangga. Selain memupuk semangat perpaduan, program ini juga bertujuan menyemai sifat penyayang antara masyarakat setempat dengan golongan terbabit agar mereka terasa dihargai dan diperlukan di kalangan masyarakat.

Secara tidak langsung, ini dapat melahirkan golongan prihatin yang cakna kepada masalah dan apa yang berlaku di persekitaran terutamanya dalam kampung sendiri. Hubungan silaturrahim juga dapat dieratkan sesama kita.

Tarikh: 28/04/2016 (Jumaat)
Tempat: Felda Cerul
Jumlah yang hadir: 25 orang
Masa: 9.00 ptg – 12.00 tghari

Objektif program ini telah tercapai seperti yang dirancangkan. Malah aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat baik oleh mereka yang terlibat.



kembali ke halaman utama