ZIARAH RAMADHAN

Aktiviti terkini | 02 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Felda Cherol

Pada bulan yang mulia ini, satu ziarah beramai-ramai dengan kehadiran badan-badan NGO di Felda Cerul telah dilakukan ke rumah orang yang kurang berkemampuan bagi meraikan mereka untuk sama-sama merasakan kehadiran Ramadhan yang mulia ini. Maka pihak kami tidak ketinggalan untuk turut serta menjayakan program ini.

Program yang sentiasa dijalankan secara berkala ini mendapat sambutan yang baik daripada badan-badan NGO di sini khasnya daripada pihak J3K Felda cerul 2. Kami turut berbesar hati untuk bersama-sama diberi peluang menjenguk komuniti setempat yang kurang berkemampuan terutamanya bagi menyambut kedatangan Ramadhan ini dan Syawal yang tidak lama lagi. Semoga aktiviti amal seperti ini dapat dilakukan secara berterusan skaligus dapat meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :