HARI TERBUKA PI1M FELDA CHEROL

Aktiviti terkini | 13 Mei 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Felda Cherol

Pada hari sabtu yang lepas telah berlangsungnya Hari Terbuka PI1M Felda Cerul seawal jam 9 pagi. Hari Terbuka ini amat meriah dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang diadakan. Antara permainan dalam yang dianjurkan adalah seperti puzzle online, mewarna online bagi dewasa, rapid typing test, mewarna online kanak-kanak, pertandingan hiasan puding dan tidak ketinggalan kelas kesedaran KDB.

Manakala bagi permainan sebelah luar pula adalah acara sukaneka untuk pelbagai kategori termasuklah kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa. Antaranya adalah acara cari gula-gula dalam tepung, tiup belon, makan epal, kerusi musikal dan acara tarik tali. Hari terbuka ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat dengan penyertaan yang memuaskan bagi setiap acara yang dipertandingankan. Tidak lupa juga dengan kerjasama yang baik dari pihak CCMSB dan DIGI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :