SIARAN LANGSUNG: BENGKEL SHOPEE X PIK KEMAMAN

Aktiviti terkini |14 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Menarik Di Kemaman Idaman

Tujuan :
• Menggalakkan penglibatan penonton dalam program PUPUK@Shopee yang dijalankan oleh MCMC.
• Memberi galakan kepada penonton untuk berdaftar di bawah PIK Kemaman untuk menyertai program PUPUK@Shopee.
• Menggalakkan penonton menggunakan platform e-dagang Shopee untuk perniagaan secara atas talian.
• Memberi panduan untuk mencipta akaun di Shopee sebagai penjual dan memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan kelebihan yang ada di platform tersebut.
• Melahirkan usahawan digital yang celik IT dan menambah kemahiran usahawan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Disampaikan oleh petugas PIK Bukit Kuang, PIK Felda Cerul & PIK Kg Baru Kemasik
• Topik pada kali ini menerangkan berkaitan pesanan. Pengendalian pesanan yang diterima di kedai Shopee penjual untuk proses penghantaran kepada pembeli.
• Tajuk lain termasuk juga bagaimana untuk penjual menyertai Program Penghantaran Percuma yang disediakan oleh pihak Shopee.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada peserta untuk beraktiviti walaupun dalam tempoh PKP.
• Mempromosikan aktiviti yang diadakan oleh Pusat Internet Komuniti Kemaman.
• Memperkenalkan Pusat Internet Komuniti Kemaman dan media sosial PIK.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.