SIARAN LANGSUNG: KESAN KETAGIHAN GAJET DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Aktiviti terkini |14 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Baru Kemasik / Pusat Internet Komuniti Felda Cerul

Tujuan :
• Memberi kesedaran tentang kesan ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak kepada penjaga atau ibubapa khususnya.
• Membuka mata penjaga tentang bahaya penggunaan gadjet yang tidak dikawal kepada kanak-kanak.
• Pentingnya pengawasan kanak-kanak dalam menggunakan gajet pada masa kini.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Disampaikan oleh petugas PIK Bukit Kuang, PIK Felda Cerul & PIK Kg Baru Kemasik
• Topik ini menerangkan berkaitan kesan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak.
• Penggunaan gajet secara berlebihan dan tidak dipantau oleh penjaga boleh membawa kesan yang negatif kepada kanak-kanak.
• Kesan ini juga boleh mengakibatkan kesan jangka panjang dalam kehidupan, mempengaruhi personaliti dan emosi kanak-kanak terbabit.


Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kesedaran kesan yang boleh berlaku jika kanak-kanak ketagihan gajet
• Menambah pengetahuan tentang ilmu kekeluargaan, terutama berkaitan pendidikan awal anak-anak yang bermula dari rumah.
• Kesedaran tentang bahaya penggunaan gajet yang tidak terkawal yang boleh mengakibatkan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.