BOOTH KDB DAN PAMERAN PEDI

Aktiviti terkini |18 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Awam Pekan Kertah

Ringkasan Aktiviti :
• Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah menganjurkan Program Santai Membaca Bersama Komuniti Kerteh pada 18 Jun yang lalu.
• PEDi Kluster Kemaman tidak melepaskan peluang untuk turut serta mengambil bahagian kerana program seperti ini boleh menjadi medium bagi PEDi mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai Kik Dengan Bijak, keselamatan serta penggunaan internet yang positif selain berwaspada dengan jenayah
siber. • PEDi Kluster Kemaman membuka booth pameran PEDi bagi mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta produk-produk usahawan PEDi kepada komuniti.
• Pelbagai aktiviti dan permainan disediakan sebagai aktiviti interaktif KDB sepanjang program tersebut.


Tujuan :
• Memperkenalkan PEDi di sekitar daerah Kemaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.
• Memberi pendedahan advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti
• Mempromosikan usahawan PEDi Kluster Kemaman dan barang jualan kepada pengunjung.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara PEDi, Perpustakaan Daerah Kemaman dan penduduk setempat.
• Menarik minat usahawan untuk berkerjasama dengan PEDi di sekitar Kemaman.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pameran PEDi dan usahawan PEDi
• Perkongsian aktiviti atau program yang dijalankan di PEDi
• Aktiviti interaktif KDB bersama pengunjung
• Pengenalan usahawan-usahawan PEDi dan barang jualan
• Perkongsian kisah kejayaan e-Usahawan Kluster Kemaman


Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan dan mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.