PROGRAM TRASH TO CASH

Aktiviti terkini |20 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Cerul

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap kepentingan dalam pengendalian e-sisa dari isi rumah serta memastikan e-sisa yang dikumpul dan dikitar semula dengan lebih sistematik dan selamat.
• Selain itu, bersempena dengan bulan Kemerdekaan, beberapa aktiviti bertemakan kemerdekaan diadakan bagi menghayati erti kemerdekaan serta menyemai semangat cintakan tanah air.


Tujuan :
• Menjadikan PEDi sebagai sumber informasi kepada penduduk setempat.
• Mempelbagaikan aktiviti anjuran PEDi dan SKMM amnya.
• Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di PEDi.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat.
• Menyediakan platform kepada komuniti untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi.
• Mendidik dan memberi kesedaran berkenaan isu-isu e-sisa di Malaysia.
• Menyemai semangat cintakan negara dan patriotisma dalam kalangan masyarakat disamping menghayati makna kemerdekaan melalui aktiviti pertandingan bertemakan kemerdekaan yang dianjurkan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pembelian barang e-sisa oleh pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)
• Pertandingan basikal berhias bertemakan kemerdekaan
• Pameran oleh Agensi Bomba dan tempatan
• Booth Klik Dengan Bijak (KDB)
• Jualan barang usahawan PEDi
• Acara Sukaneka


Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan dan mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.