HARI BERSAMA USAHAWAN PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti terkini |30 April 2023

Tempat Aktiviti:
PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) Kg Gong Chengal

Ringkasan Aktiviti :

• Program ini bertujuan untuk memperkasakan usahawan di bawah bimbingan PEDi kearah usahawan digital dengan memberi latihan khusus dan mempromosikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penduduk kampung mendapatkan maklumat-maklumat terkini disamping memperluaskan pengetahuan dalam penguasaan internet untuk kegunaan seharian mereka.


Tujuan :
• Menjadikan PEDi sebagai sumber informasi kepada penduduk setempat.
• Menyediakan latihan keusahawanan digital bersama Rakan Digital Kluster Kemaman untuk usahawan bimbingan PEDi.
• Mempelbagaikan aktiviti anjuran PEDi dan MCMC amnya.
• Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di PEDi.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat.
• Menyediakan platform kepada komuniti untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat setempat.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat Pemerkasaan Usahawan PEDi
• Majlis Bacaan Yassin


Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan dan mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi
• Membuka peluang usahawan tempatan meningkatkan taraf sosial dan ekonomi
• Usahawan boleh menggunakan QR code/ QR Pay untuk jualan ataupun pembelian mereka

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.