MINI KARNIVAL JUALAN AMAL PRELOVED 2023

Aktiviti terkini |13 & 14 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Masjid Kampung Bukit Anak Dara

Ringkasan Aktiviti :

• PEDi Kluster Kemaman dengan kerjasama Masjid Kampung Bukit Anak Dara serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Anak Dara telah menganjurkan Program Mini Karnival Jualan Amal Preloved 2023.
• Hasil daripada jualan amal tersebut akan didermakan ke tabung masjid untuk diagihkan kepada mangsa bencana atau kepada mereka yang memerlukan.


Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada warga komuniti tentang kesusahan yang dihadapi oleh mangsa bencana
• Memberi peluang kepada warga komuniti untuk memberi sumbangan terhadap golongan yang memerlukan
• Membimbing dan memberi kesedaran kepada komuniti tentang peranan mereka dalam membantu masyarakat
• Menyediakan platform kepada komuniti untuk mengitar semula peranti lama dan telah rosak ke tempat yang betul dan selamat
• Memberi pendedahan tentang kepentingan kitar semula peranti mudah alih yang telah tamat jangka hayat secara selamat dan mesra alam


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
Jualan amal barangan preloved
• Pameran produk/perkhidmatan dan jualan dari agensi
• Kuliah perdana
• Pelupusan barangan KITAR
• Taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) & KITAR
• Pemeriksaan mata percuma
• Pertandingan Reka Cipta KITAR
• Forum perdana
• Mini soccer tertutup
• Demonstrasi & pertandingan Robotik
• Pertandingan melukis & mewarna


Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan dan mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.
• Membantu meringankan beban mangsa bencana alam atau mereka yang amat memerlukan.
• Memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula peranti lama

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.