The Beauty Workshop

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2016

Aktiviti bulan Januari PI1M adalah Bengkel Kecantikan (The Beauty Workshop). Matlamat utama aktiviti ini diadakan adalah untuk menggalakkan kedatangan pengunjung PI1M terutamanya dari golongan beliawanis khasnya dan golongan wanita amnya. Disamping ingin meraikan pengunjung wanita yang senantiasa memberikan sokongan kepada setiap aktiviti dan program yang dianjurkan pihak PI1M. Aktiviti berfaedah ini selain dapat mengeratkan silaturrahin antara para pengunjung PI1M yang juga merupakan wanita berkerjaya ataupun surirumah, bahkan dengan melakukan aktiviti ini dapat menambahkan pengetahuan tentang pentingnya penjagaan kebersihan dan kecantikan diri terutamanya kepada golongan wanita untuk menunjukkan imej yang baik dan cantik kepada ahli keluarga, jiran mahupun sesiapa sahaja walau dimana sahaja. Bengkel ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang itu kerana mempunyai keterampilan diri yang baik.

Matlamat aktiviti kali ini telah tercapai seperti yang dirancangkan. Malah aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat baik oleh penduduk setempat.



kembali ke halaman utama