Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Cerul

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2016

Aktivit PI1M untuk bulan februari adalah Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Cerul.

Matlamat utama aktiviti ini diadakan adalah untuk lebih mendekatkan lagi jalinan hubungan antara kakitangan PI1M dengan komuniti setempat terutamanya komuniti yang memerlukan perhatian yang lebih daripada penduduk sekitar seperti kanak-kanak orang kelainan upaya ini. Selain itu, dengan kedatangan kami pihak PI1M ke sana dapat menghebahkan kepada tenaga pengajar PDK bahawasanya kami sedia membantu anak-anak PDK ini dalam memperkenalkan kepada mereka dunia IT. Kami sedia menerima kunjungan mereka ke Pusat Internet pada bila-bila masa dengan tangan terbuka. Hal ini kerana bagi merapatkan jurang sosial antara anak-anak PDK dengan dunia luar disamping dapat mendedahkan kepada mereka cara belajar yang lebih menyeronokkan iaitu dengan bermain sambil belajar.

Tarikh: 28/02/2016 (Ahad)
Tempat: Sekolah PDK Felda Cerul
Jumlah yang hadir: 20 orang
Masa: 10.00 pagi – 12.30 tghari

Matlamat aktiviti kali ini telah tercapai seperti yang dirancangkan. Malah aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat baik oleh mereka yang terlibat.



kembali ke halaman utama