ZIARAH PRIHATIN

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017

Pada 27 Januari lalu, satu program ziarah prihatin telah diadakan dengan objektif menziarahi mereka yang kurang upaya dan memerlukan. Program ini telah disertai oleh pihak JKK Felda Cerul, Persatuan Belia dan beberapa badan NGO yang lain dan tidak ketinggalan dari pihak kami untuk bersama-sama turut serta.

Program ziarah ini seringkali diadakan bagi menunjukkan keprihatinan kepada warga Felda Cerul yang memerlukan disertakan dengan sedikit sumbangan ikhlas kepada mereka. Harapan kami agar program seperti ini tidak akan terhenti sampai disini sahaja malah akan dipanjangkan lagi pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan



Kembali ke halaman utama