AGIHAN BUBUR LAMBUK

Aktiviti terkini | 09 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Felda Cherol

Tradisi pada bulan Ramadhan diteruskan lagi pada kali ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, program agihan bubur lambuk kepada komuniti setempat secata percuma masih dijalankan pada tahun ini. Sebelum acara pengagihan tersebut, semua yang terlibat akan sama-sama turun padang mengacau sendiri bubur lambuk tersebut yang dilakukan secara gotong-royong. Darpiada penyediaan bahan, sehinggalah kepada pembungkusan, semua dilakukan secara sukarela oleh mereka-mereka yang terlibat terutanya jawatankuasa Persatuan Belia Felda Cerul yang mnejadi pengelola program ini.

Selain dapat mengeratkan silaturrahim, program ini adalah bertujuan untuk sama-sama berkongsi rezeki di bulan yang mulia ini. Semoga semua dapat merasa kemeriahan amalan mulia ini dan akan dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun seterusnya. Pihak PI1M akan sentiasa memberi sepenuh sokongan kepada program seperti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :