PENDIGITALAN USAHAWAN PELAJAR DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN
Aktiviti terkini |4 Disember 2021Tempat Aktiviti:
Facebook Jpk Tdm , Youtube Live Jpk Tdm Uitmck & Facebook Menarik Di Kemaman Idaman
Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada pelajar khususnya UiTM Machang Cawangan Kelantan untuk menjana pendapatan sambil belajar menerusi platform atas talian seperti Shopee
• Memberi pendedahan tentang bantuan kerajaan untuk usahawan pelajar seperti Geran Khas Prihatin (GKP), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan lain-lain
• Memberi galakan kepada pelajar untuk berdaftar di bawah PEDi berdekatan untuk menyertai program PUPUK@Shopee
• Menggalakkan pelajar menggunakan platform e-dagang Shopee dan platform lain untuk memulakan perniagaan secara atas talian
• Menyambut baik program anjuran bersama agensi luar serta mengeratkan silaturrahim yang baik.
• Merialisasikan program bulanan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr Mahathir UiTM Kampus Machang, Kelantan
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Slot Pengenalan : Kenali Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Kemaman
• Slot Usahawan Pelajar : Definisi Usahawa, Daftar Perniagaan, Strategi Pemasaran, PUPUK@Shopee
• Wheel Games : Aktiviti mencari pelajar yang berminat untuk berdaftar sebagai usahawan PEDi
Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan aktiviti yang diadakan oleh PEDi Kemaman
• Memperkenalkan PEDi Kemaman dan media sosial PEDi.
• Menarik lebih ramai remaja terutamanya dari golongan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan yang disediakan di PEDi seterusnya meningkatkan keahlian PEDi daripada golongan pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :
.