KELAS ASAS EDIT VIDEO MENGGUNAKAN FILMORAGO DENGAN KERJASAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINJAI

Aktiviti terkini |26 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Binjai

Ringkasan Aktiviti :
• Program Bengkel Asas Edit Video dengan kerjasama Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Kemaman ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar berkenaan edit video menggunakan telefon pintar.
• Ia adalah merupakan aktiviti bersama pelajar dan (PEDi) Kluster Kemaman


Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada pelajar khususnya untuk mengetahui cara-cara sunting video dengan cara mudah dan ringkas
• Memberi pendedahan tentang cara menggunakan aplikasi FimoraGo iaitu aplikasi mudah alih telefon pintar yang menarik dan sangat bermanfaat berbanding dengan aplikasi lain
• Memberi galakan kepada pelajar untuk berdaftar di bawah PEDi berdekatan untuk menyertai kelas ICT percuma
• Menggalakkan pelajar untuk mempraktikkan ilmu ICT yang diajar untuk diaplikasikan dalam pembikinan video sekolah
• Menyambut baik program anjuran bersama agensi luar serta mengeratkan silaturrahim antara PEDi dan pihak sekolah.
• Merialisasikan program bulanan anjuran Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Kemaman bagi bulan Mac 2022.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pengenalan kepada FilmoraGo
• Teknik tangkapan kamera & penggunaan ‘story board’
• Pertandingan Video Terbaik
• Sesi soal jawab


Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi Kemaman

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.