Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Menurut Pengurus Rancangan iaitu En. Omar bin Ali, tanah rancangan seluas 1, 407.91 Hektar ini mula dibangunkan seawal tahun 1978/1980. Felda Cerul adalah rancangan yang dicantum meliputi Felda cerul 01 dan Felda Cerul 02. Peneroka mula ditempatkan pada 13.9.1987 bagi Felda Cerul 01 dengan jumlah Peneroka seramai 126 Peneroka manakala Peneroka Felda Cerul 02 pula mula ditempatkan pada 25.6.1988 seramai 172 orang Peneroka. Maka jumlah keseluruhan Peneroka yang ditempatkan pada awal pembukaan tanah rancangan ini adalah seramai 298 Peneroka.
Pada awal penempatan Peneroka, kemudahan asas adalah agak terhad dan difahamkan kemudahan elektrik belum terdapat lagi di kampung ini. Mereka hanya menggunakan pelita minyak tanah sahaja sebagai sumber cahaya di waktu malam hari. Jalan raya bertar juga masih belum disediakan. Peneroka pada masa tersebut berkerja dengan menguruskan ladang sawit dan dengan mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung sebagai sumber pendapatan mereka.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PERTANDINGAN ICT WORD SEARCH
Aktiviti Terkini | 29 Disember 2018Pendedahan kepada perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam dunia ICT akan meningkatkan daya fokus dikalangan peserta terutamanya dikalangan pelajar...baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG MEMBASMI AEDES
Aktiviti Terkini | 23 Disember 2018Gotong-royong membersihkan kawasan awam membanteras pembiakan nyamuk khusunya nyamuk aedes...baca selanjutnya
KURSUS PEMBUATAN ROTI DAN PASTRI
Aktiviti Terkini | 17 November 2018Program ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kluster Daerah Kemaman berdasarkan permintaan yang tinggi dalam kalangan komuniti di Kampung Bukit Kuang berdasarkan hasil kaji selidik yang telah dijalankan bersama ketua wanita. Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan roti dan pastri kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita di sini yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga. Ia juga diharapkan agar dapat menjadi sumber pendapatan sampingan kepada golongan wanita....baca selanjutnya
PERLAWANAN BOLA JARING PERSAHABATAN
Aktiviti Terkini | 29 Oktober 2018Perlawanan bola jaring persahabatan antara beliawanis dan guru serta kakitangan SK Felda Cerul ini adalah salah satu cara mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua warga penduduk dengan kakitangan sekolah....baca selanjutnya
BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018
Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya
HARI SUKAN NEGARA (SUKAN RAKYAT)
Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2018Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk kampung tidak mengira kaum dan peringkat umur....baca selanjutnya
PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI
Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2018Pada 6 Oktober 2018, Pusat Internet mengadakan Hari Pusat Interenet bersama Komuniti dengan mengadakan pelbagai aktiviti sukaneka bagi semua peringkat umur pengunjung yang datang. ...baca selanjutnya
PROGRAM JALINAN KASIH HARI WARGA EMAS
Aktiviti Terkini | 30 September 2018Program ini diadakan bersempena dengan Hari Warga Emas pada 1 Oktober 2018. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan disamping memperingati mereka yang memerlukan....baca selanjutnya
KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG 2018 “SAYANGI MALAYSIAKU”
Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018Kempen Kibarkan Jalur Gemilang “Sayangi Malaysiaku” anjuran Pusat Internet Kluster Kemaman. Sebagaimana yang kita semua maklum, bulan lapan sinonim dengan bulan kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman telah mengadakan kempen kibarkan jalur gemilang bersama komuniti di Kampung Pasir Gajah. Kempen sambutan Hari Kemerdekaan cukup penting kerana bagi memperingati keringat para pejuang kemerdekaan terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada cengkaman penjajah. Aktiviti utama program ini adalah mewarna bendera sepanjang lima meter dan logo ‘Sayangi Malaysiaku” dan bendera ini telah digantung & dikibarkan di Kampung Pasir Gajah....baca selanjutnya
LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT BANDAR CHENEH BHARU, KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2018Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas Pusat Internet bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di Pusat Internet atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran...baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG TANAH AWAM
Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018Aktiviti gotong-royong ini dilakukan bersama semua NGO setempat membersihkan tanah awam khususnya tanah perkuburan...baca selanjutnya
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KLUSTER KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018Kluster Kemaman telah mengadakan majlis jamuan hari raya bertempat di Pusat Internet Kg Gong Chengal. Pelbagai program disediakan antaranya pengenalan PI, menjawab soalan kahoot klik dengan bijak, pengenalan kepada mobile ewaste, cabutan bertuah dan pelbagai game yang disediakan....baca selanjutnya
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 28 Jun 2018Majlis ini dapat mengeratkan silaturrahin disamping memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti...baca selanjutnya
ZIARAH RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018Sempena bulan Ramadan yang mulia, mengambil kesempatan menziarahi mereka yang uzur dan kurang berkemampuan untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban....baca selanjutnya
HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT KAWALAN KEMAMAN BERSAMA KLUSTER KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 25 April 2018Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas PI1M dengan pengunjung Perpustakaan Awam Daerah Kemaman & pelajar Pendidikan Khas 4U2C Daerah Kemaman serta menarik minat mereka untuk menyertai aktiviti PI1M sekali gus mempromosi aktiviti PI1M dan menambahkan jumlah penyertaan ahli PI1M....baca selanjutnya
EKSPO PEMBANGUNAN KEMAMAN 2018
Aktiviti Terkini | 18 - 21 April 2018Ekspo Pembangunan Kemaman 2018 yang berlangsung selama tiga hari memberi banyak manfaat kepada rakyat daerah Kemaman dan pengunjung yang hadir merangkumi pelbagai perkara termasuk aktiviti dan kisah kejayaan serta pembangunan negeri yang dipamerkan di karnival tersebut....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI & 4U2C BERSAMA SEKOLAH PENDIDIKN KHAS SELURUH KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018Taklimat tentang penggunaan interenet secara selamat dan bijak kepada para pelajar Sekolah Pendidikan Khas seluruh Kemaman berserta guru pembimbing. Program dimeriahkan lagi dengan aktiviti bersama pelajat iaitu membuat kolaj KDB....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SMK CHERUL
Aktiviti Terkini | 27 Mac 2018Program ini memberikan pendedahan tentang penggunaan interenet secara selamat dan bijak serta kesedaran kesan pembuangan sisa elektronik kepada para pelajar....baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG PERDANA
Aktiviti Terkini | 23 Februari 2018Gotong-royong ini bertujuan membersihkan kawasan awam terutamanya kawasan tanah perkuburan islam setempat...baca selanjutnya
PERTANDINGAN FAST TYPING
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2018Pertandingan Fast Typing atau menaip pantas, merupakan aplikasi kepada kelas ICT yang dipelajari sebelum ini di PI1M....baca selanjutnya
MISI BANTUAN BANJIR SERTA PENYERAHAN BANTUAN BANJIR 2018
Aktiviti Terkini | 07 - 31 Januari 2018Program ini dijalankan bagi membantu mangsa banjir dan memperkenalkan perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya