Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Menurut Pengurus Rancangan iaitu En. Omar bin Ali, tanah rancangan seluas 1, 407.91 Hektar ini mula dibangunkan seawal tahun 1978/1980. Felda Cerul adalah rancangan yang dicantum meliputi Felda cerul 01 dan Felda Cerul 02. Peneroka mula ditempatkan pada 13.9.1987 bagi Felda Cerul 01 dengan jumlah Peneroka seramai 126 Peneroka manakala Peneroka Felda Cerul 02 pula mula ditempatkan pada 25.6.1988 seramai 172 orang Peneroka. Maka jumlah keseluruhan Peneroka yang ditempatkan pada awal pembukaan tanah rancangan ini adalah seramai 298 Peneroka.
Pada awal penempatan Peneroka, kemudahan asas adalah agak terhad dan difahamkan kemudahan elektrik belum terdapat lagi di kampung ini. Mereka hanya menggunakan pelita minyak tanah sahaja sebagai sumber cahaya di waktu malam hari. Jalan raya bertar juga masih belum disediakan. Peneroka pada masa tersebut berkerja dengan menguruskan ladang sawit dan dengan mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung sebagai sumber pendapatan mereka.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KELAS ASAS SHOPEE & ASAS MARKETING SHOPEE
Aktiviti Terkini | 16 & 17 Disember 2022PEDi Koil telah menganjurkan Program Kelas Asas Shopee & Asas Marketing Shopee PEDi Kluster Kemaman tidak melepaskan peluang untuk turut serta mengambil bahagian kerana program seperti ini boleh menjadi medium bagi PEDi mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai Usahawan dan Platform atas talian....baca selanjutnya
SUNATHON 2022 (BERKHATAN BERAMAI-RAMAI)
Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022PEDi Felda Cerul dengan kerjasama KAF Felda Cerul, Pejabat Felda Cerul, MBFM Felda Cerul dan KRT Cerul 1,2 dan 3. Menganjurkan program berkhatan beramai-ramai bagi meringankan beban peserta dan dapat mengeratkan hubungan diantara komuniti dan badan NGO felda Cerul....baca selanjutnya
SANTAI ANAK MUDA KKM BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 12 November 2022PEDi Kluster Kemaman membuka booth Usahawan PEDi bagi mempromosikan produk-produk usahawan PEDi kepada komuniti. Pelbagai aktiviti sukaneka diakan untuk komuniti dan juga memberi taklimat KDB kepada komuniti....baca selanjutnya
KARNIVAL KOMUNITI CERIA
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022Program ini diadakan untuk membolehkan pengguna mengikuti aktiviti galakguna dengan lebih kerap dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk terus mengunjungi PEDi di masa akan datang....baca selanjutnya
KARNIVAL TMBS 2022 PERINGKAT DAERAH KEMAMAN DUN KEMASIK
Aktiviti Terkini | 6 – 8 Oktober 2022PEDi Kluster Kemaman membuka booth pameran PEDi bagi mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta produk-produk usahawan PEDi kepada komuniti. Pelbagai aktiviti dan permainan disediakan sebagai aktiviti interaktif KDB sepanjang program tersebut....baca selanjutnya
PROGRAM EXPLORACE BERSAMA KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 24 September 2022Program ini diadakan bertujuan untuk mengekalkan semagat patriotik di kalangan warganegara terhadap negara tercinta. Disamping mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan,komuniti bersama PEDi Kluster Kemaman. Selain itu juga, memberi pendedahan KDB kepada pengunjung....baca selanjutnya
PROGRAM TRASH TO CASH
Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap kepentingan dalam pengendalian e-sisa dari isi rumah serta memastikan e-sisa yang dikumpul dan dikitar semula dengan lebih sistematik dan selamat. Selain itu, bersempena dengan bulan Kemerdekaan, beberapa aktiviti bertemakan kemerdekaan diadakan bagi menghayati erti kemerdekaan serta menyemai semangat cintakan tanah air....baca selanjutnya
KELAS ASAS FOTOGRAFI MENGGUNAKAN SMART PHONE
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022Memberi pendedahan dan Penerangan kepada usahawan bagaimana cara untuk Mengambil gambar dengan kaedah Flaylay disamping menggunakan bahan sampingan untuk menjadikan gambar lebih cantik dan menarik...baca selanjutnya
BOOTH KDB DAN PAMERAN PEDI
Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah menganjurkan Program Santai Membaca Bersama Komuniti Kerteh pada 18 Jun yang lalu. PEDi Kluster Kemaman tidak melepaskan peluang untuk turut serta mengambil bahagian kerana program seperti ini boleh menjadi medium bagi PEDi mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai Kik Dengan Bijak, keselamatan serta penggunaan internet yang positif selain berwaspada dengan jenayah siber....baca selanjutnya
KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA KEMAS KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 29-30 Mei 2022Program Kursus Asas Fotografi ini adalah kerjasama antara pihak PEDi Kluster Kemaman dengan pihak KEMAS Kemaman. Modul program ini adalah asas bagaimana cara dan teknik yang betul untuk mengambil gambar agar lebih menarik terutamanya untuk gambar produk bagi tujuan promosi dan pemasaran. Selain itu, peserta juga diperkenalkan kepada aplikasi Canva bagi merekacipta kad dan pelbagai kegunaan lain....baca selanjutnya
PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1443H / 2022M KLUSTER KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 16 April 2022Program Slot Kerohanian : Objektif program adalah untuk menghayati fadhilat bulan ramadhan yang mulia dan juga penghayatan peristiwa Nuzul Al-Quran. Selain itu, program ini diselitkan dengan bacaan surah Al-Waqiah bagi memperolehi keberkatan ramadhan...baca selanjutnya
KELAS ASAS EDIT VIDEO MENGGUNAKAN FILMORAGO DENGAN KERJASAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINJAI
Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022Program Bengkel Asas Edit Video dengan kerjasama Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Kemaman ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar berkenaan edit video menggunakan telefon pintar. Ia adalah merupakan aktiviti bersama pelajar dan (PEDi) Kluster Kemaman...baca selanjutnya
KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA USAHAWAN (KLUSTER KEMAMAN)
Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022Memperkenalkan pusat internet dikalangan komuniti setempat, penerangan mengenai tenik fotografi dikenali “flatlay”, mengeratkan silaturahim pusat internet dengan usahawan & menyampaikan modul usahawan digital....baca selanjutnya
BENGKEL APLIKASI SHOPEE (CARA MEMBINA AKAUN PENJUAL) SIRI 1 2022
Aktiviti Terkini | 15 Januari 2022Peserta yang baru mula untuk menceburi bidang perniagaan boleh bermula dengan Shopee, Peserta diajar cara mendaftar dan menjual di Shopee untuk tahun 2022, Peserta akan mengetahui kelebihan yang diperolehi daripada berniaga di Shopee...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya