Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut Pengurus Rancangan iaitu En. Omar bin Ali, tanah rancangan seluas 1, 407.91 Hektar ini mula dibangunkan seawal tahun 1978/1980. Felda Cerul adalah rancangan yang dicantum meliputi Felda cerul 01 dan Felda Cerul 02. Peneroka mula ditempatkan pada 13.9.1987 bagi Felda Cerul 01 dengan jumlah Peneroka seramai 126 Peneroka manakala Peneroka Felda Cerul 02 pula mula ditempatkan pada 25.6.1988 seramai 172 orang Peneroka. Maka jumlah keseluruhan Peneroka yang ditempatkan pada awal pembukaan tanah rancangan ini adalah seramai 298 Peneroka.

Pada awal penempatan Peneroka, kemudahan asas adalah agak terhad dan difahamkan kemudahan elektrik belum terdapat lagi di kampung ini. Mereka hanya menggunakan pelita minyak tanah sahaja sebagai sumber cahaya di waktu malam hari. Jalan raya bertar juga masih belum disediakan. Peneroka pada masa tersebut berkerja dengan menguruskan ladang sawit dan dengan mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung sebagai sumber pendapatan mereka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS CUTI TERANCANG LINUS

Aktiviti Terkini | 18 – 24 Disember 2017

Kelas ini Membantu para pelajar yang lemah dalam mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris dalam memahami serta meningkatkan lagi penguasaan dalam mata pelajaran tersebut. Sekaligus membasmi kadar buta huruf di kalangan penduduk luar bandar khasnya....baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA

Aktiviti Terkini | 28 November 2017

Pertandingan ini bertujuan memberikan pendedahan terhadap frasa yang sering digunapakai dalam dunia ICT secara santai dan berseronok....baca selanjutnya

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2017

Pemeriksaan gigi diberikan secara percuma kepada penduduk setempat. Kepada mereka yang menghadapi masalah gigi, nasihat daripada doktor diberikan untuk dirujuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut....baca selanjutnya

PEMERIKSAAN MATA PERCUMA

Aktiviti Terkini | 15 September 2017

Pemeriksaan mata diberikan secara percuma kepada penduduk setempat. Bagi yang menghadapi masalah mata yang lebih serius, surat akan dikeluarkan oleh doktor untuk dirujuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2017

Pertandingan ini dapat menggalakkan penggunaan internet sebagai pembelajaran menyeronokkan, mempraktikkan apa yang dipelajari semasa menghadiri kelas ICT dan meraikan ahli PI1M yang sentiasa memberikan sokongan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh PI1M...baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT FELDA CERUL

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2017

Menghimpunkan semua NGO dalam rancangan untuk turut serta dengan masing-masing diagihkan tugas untuk menyediakan juadah hari raya tertentu mengikut keperluan untuk meraikan penduduk setempat dalam suasana hari raya dengan bulan syawal yang masih berbaki beberapa hari lagi....baca selanjutnya

Agihan Bubur Lambuk

Aktiviti Terkini | 09 Jun 2017

Tradisi pada bulan Ramadhan diteruskan lagi pada kali ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, program agihan bubur lambuk kepada komuniti setempat secata percuma masih dijalankan pada tahun ini....baca selanjutnya

Ziarah Ramadhan

Aktiviti Terkini | 02 Jun 2017

Pada bulan yang mulia ini, satu ziarah beramai-ramai dengan kehadiran badan-badan NGO di Felda Cerul telah dilakukan ke rumah orang yang kurang berkemampuan bagi meraikan mereka untuk sama-sama merasakan kehadiran Ramadhan yang mulia ini. Maka pihak kami tidak ketinggalan untuk turut serta menjayakan program ini....baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Felda Cherol

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2017

Hari Terbuka ini amat meriah dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang diadakan. Antara permainan dalam yang dianjurkan adalah seperti puzzle online, mewarna online bagi dewasa, rapid typing test, mewarna online kanak-kanak, pertandingan hiasan puding dan tidak ketinggalan kelas kesedaran KDB....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SM SAINS DUNGUN TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 04 April 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya tentang media sosial dan elakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di pusat internet...baca selanjutnya

KELAS CUTI TERANCANG

Aktiviti Terkini | 17 - 19 Mac 2017

Program kelas cuti terancang diadakan pada waktu cuti persekolahan baru-baru ini untuk pelajar darjah 5 bagi membantu mereka dari segi matapelajaran kritikal. Program ini dijalankan bersama ajk persatuan belia MBFM Felda Cerul, serta Graduan baru....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU 1 ,2 DAN 3

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2017

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Baru Kemasik dengan kerjasama PI1M Anak Dara, PI1M Bukit Kuang, PI1M Binjai, dan PI1M Cherul telah mengadakan Program Advokasi Mesra ICT di Tabika Kemas Baru. Seramai 80 orang murid Tabika Kemas dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB/Asas ICT, Tayangan Video, dan aktiviti berkumpulan bersama kanak-kanak Tabika....baca selanjutnya

Ziarah Prihatin

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017

Program ziarah ini seringkali diadakan bagi menunjukkan keprihatinan kepada warga Felda Cerul yang memerlukan disertakan dengan sedikit sumbangan ikhlas kepada mereka. Harapan kami agar program seperti ini tidak akan terhenti sampai disini sahaja malah akan dipanjangkan lagi pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan....baca selanjutnya

Sukaneka Santai

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2017

Pada 20 januari lalu, satu acara sukaneka santai telah diadakan bertempat di Pantai Balok. Acara santai ini melibatkan Persatuan Belia Felda Cerul dan kami berkesempatan untuk turut serta memeriahkan lagi acara. Antara aktiviti sukaneka yang dijalankan adalah seperti belon kasih, cari gula-gula dalam tepung, larian ikat kaki, dan acara tiup belon. Acara dibahagikan kepada kategori dewasa dan kanak-kanak....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti