Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut Pengurus Rancangan iaitu En. Omar bin Ali, tanah rancangan seluas 1, 407.91 Hektar ini mula dibangunkan seawal tahun 1978/1980. Felda Cerul adalah rancangan yang dicantum meliputi Felda cerul 01 dan Felda Cerul 02. Peneroka mula ditempatkan pada 13.9.1987 bagi Felda Cerul 01 dengan jumlah Peneroka seramai 126 Peneroka manakala Peneroka Felda Cerul 02 pula mula ditempatkan pada 25.6.1988 seramai 172 orang Peneroka. Maka jumlah keseluruhan Peneroka yang ditempatkan pada awal pembukaan tanah rancangan ini adalah seramai 298 Peneroka.

Pada awal penempatan Peneroka, kemudahan asas adalah agak terhad dan difahamkan kemudahan elektrik belum terdapat lagi di kampung ini. Mereka hanya menggunakan pelita minyak tanah sahaja sebagai sumber cahaya di waktu malam hari. Jalan raya bertar juga masih belum disediakan. Peneroka pada masa tersebut berkerja dengan menguruskan ladang sawit dan dengan mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung sebagai sumber pendapatan mereka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PENDIGITALAN USAHAWAN PELAJAR DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN

Aktiviti Terkini | 4 Disember 2021

Memberi pendedahan tentang bantuan kerajaan untuk usahawan pelajar seperti Geran Khas Prihatin (GKP), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan lain-lain....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DENGAN KERJASAMA JPK TDM UITMCK

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

Program advokasi Klik Dengan Bijak ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet. Mengetengahkan isu buli siber, permainan dalam talian dan juga membeli belah dalam talian yang berkait rapat dengan gaya hidup masa kini para remaja khususnya pelajar institusi pengajian tinggi UiTMCK....baca selanjutnya

PROGRAM BICARA SANTAI : CABARAN PELAJAR DI MUSIM PANDEMIK

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2021

Program bual bicara ini adalah merupakan salah satu program untuk memberi motivasi kepada adik-adik yang terpaksa melalui fasa pembelajaran secara PDPR dan memerlukan semangat daripada orang sekeliling untuk tidak berputus asa dengan suasana pembelajaran sekarang....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: KENALI HAK-HAK PENGGUNA

Aktiviti Terkini | 23 September 2021

Program ini dijalankan secara atas talian membincangkan tentang tanggungjawab dan hak-hak pengguna yang perlu kita tahu supaya kita boleh menegakkan hak-hak sebagai pengguna jika kita ditindas atau dianiaya oleh golongan berkepentingan tertentu....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK

Aktiviti Terkini | 13 September 2021

Program ini diadakan secara atas talian melalui google meet yang dihadiri seramai 49 orang remaja.Mereka merupakan ahli dan remaja Komuniti dari 12 buah Pusat Internet Komuniti kemaman. Program ini telah dihadiri oleh Encik Muhamad Noh bin Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Terengganu, dalam menyampaikan ucapan pesanan penutup program ini. Penghargaan turut diberikan atas kolaborasi yang baik melibatkan LPPKN, MCMC dan Pusat Internet Komuniti di Negeri Terengganu....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: KESAN KETAGIHAN GAJET DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2021

Program ini dijalankan secara atas talian membincangkan tentang kesan ketangihan gajet dalam kalangan kanak-kanak yang semakin meruncing dan sukar dikawal pada masa kini...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BENGKEL SHOPEE X PIK KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2021

Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Page Menarik Di Kemaman Idaman kerana ia merupakan program bersama anjuran Pusat Internet Komuniti Kemaman...baca selanjutnya

KEMPEN KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2021

Kempen kesedaran berkenaan Kebebasan Bersuara Bukan kebebasan Berbohong..baca selanjutnya

KEMPEN PERANGI BERITA PALSU

Aktiviti Terkini | 9 Julai 2021

Live di FB Page berkenaan perangi berita palsu...baca selanjutnya

TUTORIAL PENGGUNAAN GOOGLE FORM

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2021

Tutorial membina borang tempahan atau belian menggunakan google form....baca selanjutnya

BUAL BICARA KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 5 Jun 2021

Bual bicara bersama beberapa Pusat Internet Komuniti lain berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB) ...baca selanjutnya

LIVE BERSAMA USAHAWAN KARIPAP MINI WARISAN

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2021

FB Live bersama usahawan PIK..baca selanjutnya

HEBAHAN TENTANG JARINGAN PRIHATIN (TAWARAN KHAS DIGI)

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2021

Penerangan tentang Jaringan Prihatin, Tawaran Khas Digi...baca selanjutnya

PROGRAM IHYA RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 23 April 2021

Penyerahan smbangan kepada pesakit kanser limfoma...baca selanjutnya

SCRATCH-MUDAHNYA BINA PERMAINAN KOMPUTER MENGGUNAKAN PENGATURCARAAN VISUAL

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021

Memperkenalkan perisian Scratch yang digunakan untuk membina permainan komputer kepada viewers....baca selanjutnya

GOTONG ROYONG PERDANA BERSAMA IBU ANGKAT BANGUNAN AWAM YANG TELAH DILANTIK OLEH PENGERUSI GPW FELDA CERUL

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2021

Penduduk Felda Cerul telah berkumpul di stesen masing-masing untuk memulakan aktiviti gotong- royong...baca selanjutnya

PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL & EMOSI DI MUSIM PKP

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2021

Program Penjagaan Kesihatan Mental & Emosi di Musim PKP ini adalah program perkongsian Bersama Encik Faizal mengenai penjagaan kesihatan mental dan emosi sepanjang musim pkp dan pandemic COVID-19 ini....baca selanjutnya

SLOT KEROHANIAN, AL-FATIHAH(BERTAJWID) DAN BACAAN YASIN SECARA ONLINE DI FB LIVE PIK KG. GELIGA

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2021

Program Slot Kerohanian : Al-Fatihah (Perbetulkan Tajwid) dan Bacaan Yasin ini merupakan program Bacaan Serentak secara online melalui FB Live Pusat Internet Komuniti Kg. Geliga...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti