Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut Pengurus Rancangan iaitu En. Omar bin Ali, tanah rancangan seluas 1, 407.91 Hektar ini mula dibangunkan seawal tahun 1978/1980. Felda Cerul adalah rancangan yang dicantum meliputi Felda cerul 01 dan Felda Cerul 02. Peneroka mula ditempatkan pada 13.9.1987 bagi Felda Cerul 01 dengan jumlah Peneroka seramai 126 Peneroka manakala Peneroka Felda Cerul 02 pula mula ditempatkan pada 25.6.1988 seramai 172 orang Peneroka. Maka jumlah keseluruhan Peneroka yang ditempatkan pada awal pembukaan tanah rancangan ini adalah seramai 298 Peneroka.

Pada awal penempatan Peneroka, kemudahan asas adalah agak terhad dan difahamkan kemudahan elektrik belum terdapat lagi di kampung ini. Mereka hanya menggunakan pelita minyak tanah sahaja sebagai sumber cahaya di waktu malam hari. Jalan raya bertar juga masih belum disediakan. Peneroka pada masa tersebut berkerja dengan menguruskan ladang sawit dan dengan mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung sebagai sumber pendapatan mereka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Perlawanan Futsal Persahabatan

27 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti bulan Disember PI1M adalah mengadakan perlawanan futsal persahabatan. Matlamat utama aktiviti ini diadakan adalah untuk meraikan pengunjung PI1M yang sentiasa memberikan sokongan terutamaya di musin cuti sekolah ini. baca selanjutnya

Gotong Royong

21 November 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti bulan November PI1M adalah mengadakan gotong royong bagi membersihkan kawasan PI1M dan sekitar. Matlamat utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan PI1M dan kawasan sekitar berada dalam keadaan bersih dan kemas. baca selanjutnya

Program 2K (Kerjaya & Kesedaran) Jemputan Khas Polis Dan Bomba

24 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Program anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Cerul ini dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia adalah bermatlamat untuk memberikan pendedahan awal tentang kerjaya Polis dan Bomba kepada pelajar sekolah dan belia dan beliawanis yang berminat. baca selanjutnya

Pertandingan Melukis Dan Mewarna Sempena Hari Malaysia 2015

12 September 2015 | Aktiviti Terkini

Program Pertandingan melukis dan mewarna Sempena Hari Malaysia ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan warga Felda Cerul terutamanya pengunjung Pusat Internet 1 Malaysia Felda Cerul. baca selanjutnya

Program Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Felda Cerul

31 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Program Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Felda Cerul ini adalah anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Cerul dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Felda Cerul. baca selanjutnya

Pertandingan Melukis Dan Mewarna Sempena Hari Malaysia 2015

27 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Program Majlis Bacaan Yassin ini dibuat untuk memberkati tempat yang dibangunkan supaya dirahmati oleh Allah s.w.t. Terima kasih dan penghargaan kepada ahli GPW kerana sudi menghadiri dan melengkapkan majlis yang diadakan di PI1M serta sudi meluangkan masa bersama-sama kami menjayakan program ini. baca selanjutnya

Pertandingan Teka Silang Kata Pi1m Felda Cerul

13 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Teka Silang Kata ini adalah bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pengguna Pi1M yang tidak jemu memberikan sokongan serta menggunakan perkhidmatan di Pi1M Felda Cerul. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti