Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut Pengurus Rancangan iaitu En. Omar bin Ali, tanah rancangan seluas 1, 407.91 Hektar ini mula dibangunkan seawal tahun 1978/1980. Felda Cerul adalah rancangan yang dicantum meliputi Felda cerul 01 dan Felda Cerul 02. Peneroka mula ditempatkan pada 13.9.1987 bagi Felda Cerul 01 dengan jumlah Peneroka seramai 126 Peneroka manakala Peneroka Felda Cerul 02 pula mula ditempatkan pada 25.6.1988 seramai 172 orang Peneroka. Maka jumlah keseluruhan Peneroka yang ditempatkan pada awal pembukaan tanah rancangan ini adalah seramai 298 Peneroka.

Pada awal penempatan Peneroka, kemudahan asas adalah agak terhad dan difahamkan kemudahan elektrik belum terdapat lagi di kampung ini. Mereka hanya menggunakan pelita minyak tanah sahaja sebagai sumber cahaya di waktu malam hari. Jalan raya bertar juga masih belum disediakan. Peneroka pada masa tersebut berkerja dengan menguruskan ladang sawit dan dengan mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung sebagai sumber pendapatan mereka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

GOTONG-ROYONG MENGACAU BUBUR ASYURA

21 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pada hari jumaat yang penuh berkah, 21 oktober 2016 bersamaan 20 Muharram 1438H, Badan-badan, Pertubuhan dan NGO di Felda Cerul telah mengadakan program gotong-royong mengacau bubur asyura. ... baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERTANDINGAN PUZZLE MERDEKA ONLINE

24 September 2016 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan bulan September sebagai bulan yang di dalamnya terdapat Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September yang disambut setiap tahun, kami dari pihak PI1M telah mengadakan satu pertandingan puzzle merdeka bagi meraikan Hari Malaysia bersama-sama dengan pengunjung PI1M... baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT FELDA CERUL

31 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Ogos 2016, badan-badan NGO yang terdapat di Felda Cerul telah telah berganding tangan menjayakan satu program Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Felda Cerul yang telah diadakan di Masjid dan perkarangan masjid Felda Cerul. Maka, pihak Pusat Internet 1 Malaysia tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama turut serta bagi menjayakan lagi program ini... baca selanjutnya

Hari Komuniti Pintar Kemaman

22 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK) menganjurkan acara Hari Komuniti Pintar di Kemaman selama tiga hari bermula dari 22 Julai lalu, bertujuan untuk mempromosikan inisiatif Komuniti Pintar dalam membangunkan dan memanfaatkan ekosistem ICT dalam kalangan komuniti setempat... baca selanjutnya

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Felda Cerul

21 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Pada hari Khamis, 21 Julai 2016, telah diadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Felda Cerul yang telah berlangsung di dewan orang ramai Felda Cerul. Majlis ini adalah anjuran bersama badan-badan NGO yang ada di Felda Cerul. Baca selanjutnya

Program Pengagihan Bubur Lambuk Ramadhan Kareem

24 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pada Pihak pengurusan PI1M telah bersama-sama dengan Persatuan Belia Felda Cerul telah mengadakan satu program pengagihan bubur lambuk bersempena bulan Ramadhan ini untuk diagihkan kepada warga setempat. Baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Felda Cerul 2016

20 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2016 yang lalu telah berlangsung Program Hari Terbuka (Open Day) anjuran pihak Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Cerul. Baca selanjutnya

Program Masih Ada Yang Sayang bersama J3K Felda Cerul

28 April 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dianjurkan dengan kerjasama J3K Felda Cerul untuk meraikan golongan warga emas, golongan kurang upaya, golongan kurang berkemampuan, golongan uzur dalam komuniti setempat.baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat

27 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Pada kali ini, PI1M telah mengadakan satu majls bacaan Yassin dan doa selamat yang berlangsung di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Cerul. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi jalinan hubungan antara kakitangan PI1M dengan komuniti setempat terutamanya golongan muda belia dan beliawanis serta kaum ibu.baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Cerul

28 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti PI1M untuk bulan februari adalah Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Cerul. baca selanjutnya

The Beauty Workshop

23 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti bulan Januari PI1M adalah Bengkel Kecantikan (The Beauty Workshop). Matlamat utama aktiviti ini diadakan adalah untuk menggalakkan kedatangan pengunjung PI1M terutamanya dari golongan beliawanis khasnya dan golongan wanita amnya. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti